Bukan sekadar blog

Berita Utama

Jual air zam-zam di Malaysia boleh dipenjara dua tahun

KUALA LUMPUR – Air zam-zam dilarang dijual di negara ini, menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan individu yang menjual air zam-zam boleh berdepan tindakan undang-undang.

“Tahukah anda bahawa air zam-zam adalah dilarang untuk dijual di Malaysia?

“Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.

Hasil semakan di laman jualan atas talian seperti Lazada, air zam-zam dijual pada harga lebih kurang RM100 bagi kandungan 5 liter.

Bagi 500ml pula dijual serendah RM18.00 dan dibotolkan mengikut jenama masing-masing.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air berkenaan secara percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti terhad ketika berlepas pulang dari Arab Saudi.

Loading...

Leave a Reply