Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Hina Agong, polis cari pemilik akaun Facebook Jin Teik Loo

KUALA LUMPUR – Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Jin Teik Loo selepas dipercayai memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kenyataan berbaur penghinaan kepada agama Islam.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan diterima pihaknya berhubung perkara itu pada jam 6.06 petang, semalam.

“Kita terima satu laporan di Balai Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Siasatan telah bermula dan usaha mengesan individu yang bertanggungjawab memuat naik kenyataan sedemikian sedang diburu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan bahawa tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit akan disiasat dan ditangkap serta-merta.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén