Bukan sekadar blog

Berita Utama

Jenazah Abu Hassan Din selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR – Jenazah Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Abu Hassan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda untuk disembahyangkan.

Ribuan orang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Loading...

Pada pukul 7.30 pagi tadi, Allahyarham dilaporkan rebah semasa hendak menunaikan solat subuh dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia

Abu Hassan merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dan Allahyarham Ishak Din, kedua-dua abangnya kembali ke rahmatullah pada 2016.

Beliau juga merupakan bekas imam di Masjid Negara dan pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa orang Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply