Setiap kali bulan puasa, pasti ramai di antara anda tidak melepaskan peluang untuk mengujungi bazar Ramadan. Tapi saban tahun, pasti ada saja isu berkaitan aurat melibatkan kaum wanita.

Dikala rata-rata wanita di luar sama mengambil peluang untuk mengumpul pahala dengan memakai hijab sebagai tanda menghormati bulan Ramadan, namun ada wanita yang masih tidak menjaga aurat mereka.

Menerusi satu posting yang tular di Facebook, kaum lelaki meluahkan perasaan dimana mereka terpaksa menahan mata dek kerana segelintir kaum wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna ketika mengunjungi bazar Ramadan.

Tetapi bukan itu sahaja, ada sahaja yang dirungutkan oleh kaum lelaki mengenai isu wanita seksi di bazar Ramadan. Nak nasihat ke atau suruh ‘belanja’ lebih lagi ni?

Free show ke kak. Mana aurat?

Saya pohon kaum wanita yang berkunjung ke bazar ramadhan tu, jagalah etika pakaian & menutup aurat. Janganlah berpakaian terdedah & belanja sana sini. Kami kaum lelaki penat tau nak jaga mata.

Yang belanja tu pulak kalau barang besar buah tembikai ok lah lagi, kita kaum lelaki tengok boleh juga buat hilang dahaga. Ini tak, barang takat besar buah ciku lepas tu sibuk nak belanja orang.

Dan yang berkapel kapel tu, elok pulak berbisik-bisik tanya nak makan apa. Memang mulut korang tak berbau ke macam mana?

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai terutamanya netizen lelaki yang bersetuju dengan pendapat tersebut. Rata-rata mengatakan, mereka sudah penat kerana perlu menjaga mata setiap kali ke bazar.

Namun berbeza pula pendapat kaum wanita, jangan hanya menjaga mata sahaja tetapi tutur kata dan perlakuan juga perlu dijaga.

Apa pun diharap perkongsian ini membuka mata wanita di luar sana untuk lebih menjaga penampilan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Buat kaum lelaki pula, nasihat tu dah bagus, tapi percakapan juga perlu dijaga.

Loading...