Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Isu urus babi paling sukar – Norhizam

SHAH ALAM – Isu menguruskan khinzir antara perkara yang paling sukar bagi Exco Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Beliau berkongsi cabaran itu bersama Sinar Harian sejak menjawat jawatan berkenaan.

“Selama 61 tahun kerajaan terdahulu memerintah isu khinzir tak dapat diselesaikan. Apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah hari ini saya cuba selesaikan. Saya adakan dialog dengan penternak kerana dahulu mereka tiada lesen. Mahu tidak mahu saya kena beri lesen kerana hormati orang Cina.

“Selain itu isu ini amat sensitif kepada orang Melayu. Saya ibarat menarik sehelai rambut dalam tepung maknanya saya kena selesaikan isu ini dengan baik,” katanya ketika diwawancara pada program Sinar Live di sini hari ini.

Justeru, beliau turut membuat satu pelan perancangan jangka panjang berhubung perkara itu.

“Kertas kerja ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan perkara berbangkit,” katanya.

Beliau juga mahu masyarakat bersikap terbuka bagi mendepani isu berkenaan.

“Saya kena positif isu khinzir telah berlanjutan. Memang isu ini kurang menyenangkan kepada kita orang Melayu jadi saya ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén