Bukan sekadar blog

Berita Utama

Isu benarkan wanita cantik rentas negeri, ini respon Polis Dungun

Umum mengetahui, rakyat Malaysia tidak lagi dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri untuk balik kampung dan orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan.

Walaupun sebahagian besar rakyat akur dengan perintah itu, timbul satu berita yang kurang enak didengar mengenai isu tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita dipercayai menggunakan bantuan ‘orang dalam’ iaitu pegawai polis untuk membenarkan beliau merentas negeri.

Wanita itu mendakwa sudah mendapat pengesahan daripada ‘ketua p’ dari Terengganu dan hanya perlu buat pengesahan sahaja di ibu kota. Oleh itu, dia diminta berhubung dengan seorang pegawai polis di Putrajaya untuk urusan pengesahan tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mempersoalkan kenapa wanita tersebut diberikan kebenaran untuk rentas negeri.

Malah, netizen juga ingin perkara itu disiasat dan berharap tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka yang tidak telus bertugas.

Susulan penularan isu tersebut, pihak Polis Daerah Dungun tampil memberi penjelasan yang mana wanita berkenaan telah mendapat kelulusan pada bulan April yang lalu kerana taska miliknya di Putrajaya telah kena pecah.

Justeru itu, kelulusan perjalanan hanyalah untuk pergerakan ke Putrajaya dan bukannya membenarkan wanita tersebut pulang ke Dungun. Malah, tiada keistimewaan diberikan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan surat kebenaran tanpa sebab yang munasabah.

Loading...

Leave a Reply