Bukan sekadar blog

Berita Utama

Iran lancar puluhan peluru berpandu serang pengkalan tentera AS

BAGHDAD – Iran lancar serangan peluru berpandu terhadap markas udara menempatkan tentera Amerika Syarikat dan tentera bersekutu di Iraq bagi membalas dendam.

Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan mereka melancarkan serangan bagi membalas dendam atas kematian komander tertinggi pasukan itu, Qasem Soleimani, dalam serangan dron AS di Iraq Jumaat lalu.

IRGC, dalam kenyataan menerusi siaran televisyen negara itu, turut menasihatkan AS menarik balik pasukan tenteranya dari wilayah itu bagi mengelakkan lebih banyak pembunuhan.

Setakat ini, Pentagon belum mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kemusnahan atau sama ada berlaku kehilangan nyawa dalam serangan yang dikhuatiri mencetuskan peperangan lebih besar di Asia Barat.

Dalam serangan awal pagi itu, sekurang-kurangnya 12 peluru berpandu disasarkan terhadap markas udara al-Asad dan Erbil di Iraq.

Seorang pegawai kanan Iraq dipetik berkata Teheran sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk membalas dendam kematian Soleimani dengan serangan keras yang pasti membabitkan kehilangan nyawa, pada masa dan tempat yang sesuai.

Jurucakap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pula memberitahu Reuters ia akan memindahkan keluar beberapa ratus pelatihnya dari Iraq manakala Kanada memaklumkan kira-kira 500 tenteranya di Iraq akan dipindahkan ke Kuwait atas dasar keselamatan.

Setiausaha Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan Iran, Ali Shamkhani, berkata 13 senario membalas dendam kini sedang dipertimbangkan.

Agensi berita Fars melaporkan, Shamkani berkata aspek paling lemah antara 13 pertimbangan itu sudah cukup sebagai ‘mimpi ngeri’ bagi AS. – Agensi

Loading...

Leave a Reply