Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Inkues Adib: Pembangkang jangan persoal tindakan Tommy Thomas

ALOR SETAR – Pembangkang tidak wajar memanipulasi tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarik balik pelantikan Syazlin Mansor daripada mewakili kementerian dan bomba dalam inkues berhubung kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mahfuz Omar, berkata ini kerana perkara itu boleh difahami dengan jelas oleh sesiapa sahaja biarpun bukan daripada pengamal undang-undang.

“Bagi saya pembangkang pun faham isu ini, jadi tak perlu nak manipulasi dengan andaian sendiri, semua orang faham Syazlin tidak boleh menjadi peguam mewakili KPKT serta bomba dan keluarga arwah Adib dalam masa yang sama.

“Saya tak fikir ada orang nak tekan beliau (Syazlin), jadi jangan cuba nak kelirukan antara isu politik dengan proses perundangan, inkues ini tetap akan diteruskan kerana ramai lagi peguam yang mewakili keluarga arwah Adib,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Kad Kasih Ibu Darul Aman ( KIDA ) Daerah Pokok Sena di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, berkata tindakan Jabatan Peguam Negara itu adalah wajar supaya tidak berlaku percanggahan dalam tugas Syazlin.

Katanya, Syazlin sepatutnya meneruskan usahanya menjadi peguam kepada keluarga arwah Adib kerana ia tidak dihalang jabatan terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, Syazlin yang mewakili ketiga-tiga pihak berkepentingan mengumumkan penarikan diri di Mahkamah Koroner Shah Alam, kelmarin dipercayai akibat tekanan beberapa pihak.

Tindakannya itu dikritik pelbagai pihak termasuk pembangkang yang turut menyoal motif Tommy Thomas yang membatalkan lantikan peguam Syazlin mewakili kerajaan.

Adib, 24, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Allahyarham parah selepas dipercayai dipukul dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu.

1 Comment

  1. azric

    bila sipemimpin celaka berbicara…semuanya mcm pukimak depa…huhuhu

Leave a Reply

Theme by Anders Norén