Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Inisiatif OBOR bukan rancangan China untuk dominasi

BEIJING – Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) oleh China merupakan rancangan pembangunan bersama negara-negara peserta dan bukan strategi Beijing untuk mendominasi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau kini lebih memahami inisiatif pembangunan itu dan menyokongnya kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara.

“Kita merasakan rancangan Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan ini bukanlah rancangan dominasi oleh China, yang pada akhirnya akan dikuasai oleh China, sebaliknya ia adalah dasar ciptaan semua negara dan bukan hanya tertumpu kepada China,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatan lima harinya ke China untuk menghadiri Forum Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) bagi Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam.

Forum antarabangsa itu dihadiri 37 pemimpin seluruh dunia dan 5,000 wakil daripada 150 negara. – BERNAMA

Leave a Reply

Theme by Anders Norén