Bukan sekadar blog

Berita Utama

India bercadang sekat import pelbagai produk Malaysia selepas minyak sawit

NEW DELHI – India merancang memperluaskan penurunan import kepada produk minyak, gas dan produk lain dari Malaysia dan Turki selepas minyak sawit, kata pegawai kerajaan negara itu.

Langkah itu mensasarkan kedua-dua negara yang mana penduduknya majoriti Islam susulan kritikan terhadap dasar India ke atas Kashmir .

India, antara pengimport minyak makanan terbesar dunia, sebelum ini bertindak menghentikan pesanan minyak sawit dari Malaysia dan meminta pengimport untuk membeli sumber itu dari tempat lain.

New Delhi kini merancang untuk menyekat pembelian minyak mentah, jongkong aluminium, gas asli cecair, bahagian komputer dan mikroprosesor dari Malaysia, kata dua pegawai kerajaan negara itu yang enggan dikenali.

Kementerian Perdagangan India tidak membalas pertanyaan mengenai perkara ini yang dihantar melalui e-mel.

Kashmir, yang majoriti penduduknya beragama Islam, menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Ia juga terbahagi yang mana kedua negara itu memerintah sudah menguasai sebahagian daripadanya.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini berkata India telah “menyerang dan menduduki negara” Jammu dan Kashmir, manakala Presiden Turki, Tayyip Erdogan, mengatakan penduduk Kashmir ‘hampir disekat’.

Kerajaan India menarik balik autonomi Kashmir pada tahun lalu untuk mengetatkan cengkamannya di wilayah itu.

Ia juga menutup akses internet dan menahan aktivis dan ahli politik. Mahkamah Agung India minggu lalu memutuskan tindakan penutupan internet di Kashmir adalah tidak sah. – Reuters

Loading...

Leave a Reply