Bukan sekadar blog

Berita Utama

India arah industri henti beli minyak sawit Malaysia

KERAJAAN India mengarahkan sektor minyak sawitnya berhenti membeli komoditi itu dari Malaysia, susulan kritikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai hal ehwal dalaman negara itu, lapor Reuters.

Laporan memetik sumber itu berkata India secara “tidak rasmi” memberitahu pengilang dan peniaga minyak sawitnya menghentikan pembelian dari Malaysia.

Malaysia sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan New Delhi ke atas Kashmir dan undang-undang kewarganegaraan baharu yang memberi keutamaan kepada orang bukan Islam.

Malaysia juga banyak kali tidak melayan permintaan India untuk mengekstradisi penceramah kelahiran Mumbai, Zakir Naik yang diberi taraf penduduk tetap.

Loading...

Reuters memetik seorang pegawai kanan industri minyak sayuran di India yang mahu namanya dirahsiakan berkata, pada mesyuarat yang dihadiri oleh pemain industri minyak sawit semalam New Delhi memberitahu supaya memboikot barangan Malaysia.

“Pada mesyuarat semalam kami diberitahu supaya jangan membeli minyak sawit Malaysia.

“Kami mengadakan beberapa mesyuarat antara kerajaan dan industri untuk melihat bagaimana kami boleh kurangkan barangan yang diimport dari Malaysia,” seorang lagi pegawai kerajaan dipetik berkata.

Pada 2018 India mengimport 2.5 juta tan minyak sawit dari Malaysia, menjadikannya pembeli terbesar komoditi itu. Ini diikuti China yang membeli sebanyak 1.86 tan.

Sehingga September tahun lalu, India mengimport hampir 4 juta tan minyak sawit dari Malaysia.

Loading...

Leave a Reply