Bukan sekadar blog

Info

Ikhtiar hamil dengan kelapa bakar, InsyaAllah mujarab

PETUA ikhtiar hamil dengan kelapa bakar ini dikongsikan cara-caranya oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari (Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin).

Kata Ustaz Mujahidin, petua ini banyak manfaat dan banyak pesakit beliau berjaya hamil guna cara ini. Semua atas izin Allah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, baca perkongsian Ustaz Mujahidin di bawah:

Tahun lepas di kampung ada pesakit minta saya tolong buatkan kelapa bakar. Izin Allah setelah 4 tahun kosong, beliau berjaya hamil.

Orang pertama saya buatkan adalah isteri saya. Tahun 2016 lepas saya buat video kelapa bakar. Saya terus bagi isteri saya minum. Syukur Alhamdulillah setelah 4 tahun kosong izin Allah isteri saya hamil. Kini dah selamat melahirkn anak bongsu saya, Harith Daniel.”

Orang kedua adalah adik ipar saya, Nadia. Beliau kosong setahun. Lepas dia minta. Saya buatkan izin Allah beliau hamil. Kini baru sahaja melahirkan anak sulung.

Kini pesakit saya dari Melaka. Datang rumah nak sangat-sangat saya sendiri yang buatkan kelapa bakar ni. Pesakit ini dah berkahwin 9 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Disebabkan hajat beliau sanggup susah payah bawa buah kelapa datang ke rumah. Kasihan dengan penantian 9 tahun, saya penuhi hajat beliau.

Saya doakan agar pertolongan sedikit saya ini dipermudahkan oleh Allah untuk beliau mendapat cahaya mata yang pertama. In shaa Allah.

Aamiin Ya Allah.

Mudah Saja Buat Kelapa Bakar

KELAPA MUDA

SERAI 2 BATANG

LADA HITAM 5@6 BIJI DI TUMBUK HALUS

1. Masukkan serai dua batang dalam kelapa. Ketuk serai tersebut sedikit kemudian masuk dalam kelapa.
2. Selepas itu, masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa dan masukkan secubit garam dalam kelap.
3. Kemudian letakkan kelapa di atas dapur gas dan bakar, sebaiknya 12 minit ke 15 minit dengan api yang sederhana.

Loading...

Selesai Bakar Baca

AL FATIHAH 3 X
AL IKHLAS 3 X
BISMILLAH5 3 X
SELAWAT 3 X

Selesai baca minum.

Sebaiknya Ikut Aturan Ini

  • Diminum sebelum datang haid. Jika haid datang jangan minum.
  • Sebaiknya mana yang nak merancang hamil, mula minum selepas habis period. Habis period terus minum sebiji.
  • Selepas 5 hari buat lagi. Buat berterusan 5 hari sekali sehingga datang period semula. Jika period dah datang terus stop. Cuba buat dalam sebulan je dulu.
  • Baik juga diamalkan buat pesakit yang ada masalah dalaman seperti cyst, fibroid. Buatlah dengan izin Allah cyst mengecil atau ia akan keluar sendiri

Ini Tanda Ada Gangguan Makhluk Halus

  1. Jika ada gangguan makhluk halus, di dalam perut selepas minum, perut anda akan memulas-mulas, sendawa, muntah atau terkentut-kentut busuk.
  2. Sekiranya ada tanda tersebut, perut anda mengalami gangguan makhluk halus. Sebaiknya dapatkan rawatan Islam berhampiran juga ya.
  3. Semua atas izin Allah. Ini sebagai ikhtiar. Ada pesakit minum sekali pun dah hamil. Ada yang buat banyak kali jika belum rezeki tak juga hamil.

Setakat ini izin Allah ramai saya bantu cara ini dapat membetulkan masalah period, masalah senggugut dan izin Allah banyak pesakit yang berjaya hamil.

Moga perkongsian kecil saya ini dapat beri manfaat pada anda semua. In shaa Allah. Jika anda pernah buat kelapa bakar ini boleh sharekan komen di bawah.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Loading...

32 Comments

  1. Nasrullah

    Bisa di amalkan buat suami ga ?

  2. Assalamualaikum.
    Kelapa muda apa saja boleh ya..

    • Saya bakar kelapa mudanya sampai 15 mnit tpi tidak hangat hangat malah dingin apakah itu gpph ya pa

  3. Eka

    Saya pernah ikutin klapa bakar ini ,tpi kok pke bunga kantil setelah itu,2hr kemudian saya sakit perut hebat, setelah itu saya roghsen hasil nya mlah usus saya luka parah

    • Mia

      Kenapa pakai bunga kantil, xpakai serai dengan lada hitam sahaja, kenapa tak ikut yang diajar oleh ustaz??

  4. Larasati

    Selepas habis period itu maksud nya apa yha
    Bisa untuk suami juga gk

  5. Meli andriani

    Assalamualaikum pak,itu kelapa apa aja blh y,sbb saya dan suami saya pingin kali punya anak

  6. Assalamualaikum pak itu buat istri ajja ap sama buat suami juga

  7. Penunggang agama terlaknat

    Kebodohan melampau..siap reka2 dalil agama..moga neraka tempatnya

  8. syaiful anwar

    ini untuk siapa pak ustad apa untuk istri aja . ap untuk suami istri.

  9. Mohd ozil engal naswee

    Boleh kah tu..

  10. Arni

    Kalau org hindu nak minum mcm mn

  11. Drs. Irwansyah

    Yang sudah berusia 50 th masih bisakah?

  12. Zulpan Efendi Nst

    Yang minum siapa pak.
    Dan bpk daerah mana pak…?
    Apa kami bisa datang kesana…?

  13. Khair

    Kelapa dibakar mengikut masa yg ditetapkan shj atau sampai air kelapa mendidih?

  14. Assalamualaikum
    Itu buat di minum suami istri kah ustad

  15. Wulan

    Kalo ngga ada lada hitam bisa diganti lada putih ngga? Di daerah saya ngga ada lada hitam.

  16. Rizkie

    Dimalaka tempat tinggalnya dimana pak?

  17. Apriel

    Makasih sangat bermanfaat buat kami yang sangat menginginkan keturunan
    Semoga berikutnya keluarga kecil kami
    Yang diparingi anugrah
    Aamiieennn yaa robπŸ™πŸ™πŸ™

  18. Atam

    Buat suami istri ?

  19. Shiela

    Insyaallah.. Sy doakan kalian cepat dapat anak… Mudahan2 ya…

  20. Vella

    Kenapa saat haid tidak boleh minum?

  21. Habis datang bulan mbak. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

  22. Karini

    Saya baru tadi sore baca info ini dan sekarang saya langsung coba , dengan niat bismillahirrahmanirrahim semoga Allah meridhoi ikhtiar saya , aamiinnn

  23. Anis umami

    Klo buat laki2nya boleh ga

  24. dewii

    ass…
    ustad… klo gk ada lada hitam gntinya, ada yg lain gk pk ustad..?

  25. Reni

    Assalamualaikum..? Allahuakbar baru pertama nyoba malam ini dan langsung ada reaksi.. bismillahirrahmanirrahim ikhtiar Lillahita’allah πŸ˜‡πŸ˜‡

Leave a Reply