SETIAP wanita yang bergelar isteri pasti tidak menyangka bahtera perkahwinan yang disemai dengan cinta akhirnya runtuh dek kerana kehadiran orang ketiga.
Inilah yang berlaku kepada ibu muda ini yang terpaksa menanggung kepayahan seorang diri selepas suaminya curang dengan seorang wanita lain ketika dia sarat mengandung lima bulan.
Menerusi akaun Twitter, ibu muda yang dikenali sebagai Osyiffa itu telah meluahkan segala kekecewaan dan keperitan yang dialaminya selama bergelar isteri.
Menurut Osyiffa, dia mengesyaki suaminya bermain kayu tiga ketika melalui fasa awal kehamilan iaitu ketika kandungannya baru berusia 12 minggu. Ia sekaligus menyebabkan emosinya menjadi tidak menentu.
Ketika usia kandungan sudah mencecah 5 bulan, ibu muda itu sekali diduga apabila suaminya sendiri telah mengaku mencintai wanita lain dan telah menyatakan hasrat untuk menduakannya.
Difahamkan, sudah tiga kali suaminya itu tertangkap curang, namun disebabkan rasa sayang terhadapnya, Osyiffa sentiasa memaafkan dengan harapan agar lelaki itu berubah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Disebabkan terlalu sedih dan kecewa dengan ujian yang menimpa perkahwinannya, Osyiffa mengalami masalah kemurungan sehingga dia terpaksa berjumpa pakar psikiatri.
Namun, masa telah memulihkan rasa kecewa yang terpendam di jiwa dengan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap ketentuan Allah.
Baginya, satu kejayaan apabila dia mampu mengharungi fasa kehamilan sehingga 9 bulan tanpa kehadiran suami walaupun jauh di sudut hati agak terkilan apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika membuat pemeriksaan di hospital.
Melihatkan kekuatan yang ada dalam diri ibu muda tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan ketabahannya dan tidak putus memberi kata-kata semangat.
Sumber: Osyiffa
syifa
SAYA SELAKU PEMILIK GAMBAR DIATAS MEMINTA UNTUK PADAM ARTIKEL VIRAL INI . SAYA TIDAK PERNAH MEMBENARKAN MANA MANA PIHAK SHARE MAKLUMAT SAYA SERTA GAMBAR , DAN STATEMENT YANG TELAH DIBUAT . SAYA JUGA TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MANA MANA INDIVIDU YANG TERLIBAT YANG BERKONGSI HAL INI DI PAGE PAGE . MOHON PADAM DENGAN SEDARA ATAU TINDAKAN SUSULAN AKAN DIKENAKAN . TERIMA KASIH
Rahim Abdul Raziq
Lain kali nak ambik cerita org mintak la kebenaran dulu.. Yg duk buat aduan tu pun satu, kalo dah luah kat media social tu paham2 la org lain screnshot dan cerita kt org.. Dah ko cerita org viralkan lah