Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ibu berang anak dirotan sampai berbirat kerana panggil cikgu ‘pondan’

BERANG anak perempuannya dirotan sampai berbirat, seorang wanita yang juga ibu kepada pelajar tersebut nekad berjumpa guru terbabit di sekolah.

Wanita itu mempertikai tindakan guru terbabit yang dianggapnya agak keterlaluan biarpun beliau cuba menjelaskan bahawa pelajar perempuan itu terlebih dahulu menggelarkannya sebagai ‘aqua’ (pondan).

Berdasarkan gambar, pelajar berkenaan telah dirotan pada bahagian lengan dan kakinya sehingga meninggalkan kesan calar selain sukar untuk menggerakkan tangannya.

Loading...

Ibu: “Sekarang dia cakap sama you, sorry. Kenapa nak hentam dia macam ni?”

Guru: “Sebelum dia buat, adakah dia fikir? Dia fikir tak? Dia fikir tak apakah yang dia buat tadi?”

Ibu: “You ingat cikgu ‘besar’, jangan cakap macam ni. You rotan budak macam ni, tengok. Rotan macam ni eyh? Tengok tangan dia, entah-entah ada patah pun tak tahu. You rotan sama dia macam ni?

“You ini cikgu aa, tak boleh macam ini buat tau. You memang salah. Dia cakap sama you saja ma, tiada pukul you. Kalau dia ada pukul you, you pukul dia, tak apa. Jangan macam ni.

“You cakap you geram ah? Tak boleh macam ni. Awak cikgu, awak mengajar mereka.”

Guru: “Puan ada tanya tak apa yang dia cakap pada saya?”

Ibu: “Aqua (Pondan)?”

Guru: “Daripada satu aspek, tak boleh.”

Ibu: “Tapi dia sudah cakap sorry ma. Ada cakap sorry tak?”

Menurut guru terbabit, pelajar itu bukan sekali memanggilnya seperti itu dan mempersoalkan tindakan wanita yang mempertahankan anaknya sudah meminta maaf sedangkan permohonan maaf itu dibuat selepas guru itu merotannya.

Malangnya, wanita itu enggan mendengar penjelasannya yang dianggapnya mengarut dan tetap mempertikaikan tindakan guru itu merotan anaknya.

Berdasarkan perbualan seterusnya, seorang guru lain menjelaskan kepada ibu pelajar tersebut bahawa anaknya menyebut ‘Cikgu Aqua (pondan)’ di hadapan para pelajar lain.

Loading...

1 Comment

  1. Syuhada

    2-2 silapnya…termasuk mak pelajar tu.Dia tak patut marah cikgu dpn anak dia.siap rakam lak tu,apa motif dia?Nanti anak dia rase bangga dan next time dia akan ulang lagi sbb dia rasa besar! Cikgu tu pun pukul smpai berbirat knpa? Tak boleh ke berbincang secara damai dgn pihak sekolah… berfikir sblm bertindak.

Leave a Reply