SUSULAN viral mengenai sebuah homestay di Marang yang tidak berdinding, anak perempuan kepada pemilik homestay tampil menjelaskan hal yang sebenar.
Menurut Azrina, dia menganggap apa yang terjadi hanya salah faham antara penyewa dengan ibunya.
“Masa itu kami semua ada di Perak sebab adik saya berkahwin. Jadi, mak saudara yang tinggal di sebelah homestay tu yang tolong uruskan.
“Mak ada tiga homestay. Dua daripadanya lengkap manakala yang satu lagi belum siap sepenuhnya. Tetapi mak dah jelaskan awal-awal pasal itu kepada penyewa dan mereka menerimanya,” katanya.
Azrina turut memuat naik tangkap layar mesej Whatsapp dari ibunya mengenai hal tersebut.
“Yang Amy hari tu. Kita beritahu dah. Sebab tu sewa murah. Kira sewa bilik je. Masa tu semua dah penuh, dia nak juga. Dah maklumkan. Tak apa lah. Allah tahu mana yang benar, mana yang tidak” kata ibu Azrina yang juga pemilik homestay.
Ibu Azrina turut memberitahu, kerja-kerja pembinaan dinding homestay akan disambung semula selepas Aidilfitri nanti.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Iklan mengenai homestay yang dimuatnaik di Mudah.my itu memang betul dan pemilik homestay tidak berniat untuk mengambil kesempatan mahupun untuk menipu mana-mana penyewa.
Leave a Reply