Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Hibah: Rakyat Malaysia perlu faham peranan sebenar Tabung Haji

SHAH ALAM – Pendeposit perlu tahu peranan sebenar Tabung Haji (TH) dan bukannya meletakkan institusi kewangan Islam itu sama peranannya seperti institusi pelaburan.

Penganalisis ekonomi dari Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, TH merupakan badan yang menguruskan dan memudahkan penyelarasan aktiviti penabungan serta pengurusan haji buat pendeposit.

Jadi katanya, pendeposit tidak boleh meletakkan matlamat bahawa TH akan memberikan hibah yang tinggi setiap tahun sama seperti institusi pelaburan kewangan.

“Pertama kita sebagai pendeposit, kita kena faham deposit ke dalam TH itu untuk apa. Tujuan utama sebenarnya adalah untuk persediaan kepada kita, supaya komited untuk ke Mekah bagi urusan haji.

“Hibah itu adalah bonus buat pendeposit. Sepatutnya ia bukan matlamat kita. Kalau kita mahu dapatkan pelaburan yang tinggi, kita kena pergi ke Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang ada had sehingga RM250 ribu sahaja, main saham atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesan pengumuman hibah TH bagi 2018 sebanyak 1.25 peratus yang merupakan terendah dalam sejarah.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemberian hibah 2018 pada kadar 1.25 peratus sepatutnya tidak wajar dipersoalkan sebaliknya pendeposit perlu memahami institusi itu berdepan dengan krisis keuntungan sejak 2014.

Katanya, ini kerana pengurusan dahulu memberikan hibah yang tidak sepatutnya walaupun TH mengalami defisit sejak 2014 dan kesannya dapat dilihat untuk 2018.

“Sepatutnya hibah tinggi yang diumumkan beberapa tahun lepas tidak patut berlaku sebab TH mengalami kesukaran keuntungan sejak 2014 tetapi disebabkan ada kelonggaran dalam piawaian perakaunan TH, membolehkan kerugian itu ditangguhkan,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén