Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Hanya rakyat boleh tukar jawatan PM, bukan TMJ, kata Dr Mahathir

Hanya rakyat boleh memutuskan untuk menukar perdana menteri Malaysia, kata Dr Mahathir Mohmad.

Dr Mahathir juga mengimbas peristiwa Allahyarham Sultan Mahmud, yang pernah ditarik status Tunku Mahkota Johor.

“Dulu kita ingat, pada suatu masa dulu, ada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang telah ditukar,

“Dulu la, bagi kepada adik dia (untuk menjadi Tunku Mahkota Johor).

“Jadi TMJ boleh tukar. Perdana menteri cuma rakyat saja boleh tukar,” kata Dr Mahathir pada sidang media ketika kunjungan rasmi di Beijing hari ini.

Dr Mahathir membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanya berhubung klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan Tunku Ismail menyebut: “Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri.”

Mora yang dimaksudkan dipercayai adalah Benjamin Mora, iaitu jurulatih JDT.

Klip video itu dirakam ketika Tunku Ismail beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak JDT tewas 1-0 kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu.

Dr Mahathir pula dipercayai merujuk peristiwa melibatkan Allahyarham Sultan Mahmud pada 1961, yang ketika itu merupakan Tunku Mahkota Johor ditarik statusnya dan digantikan oleh adiknya.

Ayahandanya, Sultan Ismail bagaimanapun mengembalikan semula status Tunku Mahkota Johor kepadanya pada 1981 sejurus sebelum meninggal dunia, dan seterusnya membolehkan Sultan Mahmud menjadi pengganti Sultan Johor.

Sultan Mahmud merupakan datuk kepada Tunku Ismail.

Dalam sidang media itu juga, Dr Mahathir berkata, Tunku Ismail boleh cuba mengundi jika mahu menukarnya sebagai perdana menteri.

“Dia (Tunku Ismail) bukan orang besar, dia orang kecil. Kalau dia boleh nak undi, dia undi lah bagi saya jatuh,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén