Bukan sekadar blog

Berita Utama

Hampir terbabas di LPT2 gara-gara disuluh laser

SEORANG lelaki terbabas angkara kanak-kanak yang tidak bertanggungjawab menyuluh laser ke keretanya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), baru-baru ini.

Menerusi aduan yang dikongsikan di laman Info Roadblock JPJ/POLIS, mangsa yang dalam perjalanan dari Dungun ke Perlis terganggu dengan sinaran laser hijau yang dipancarkan dari kereta di hadapannya.

“Hampir terbabas di LPT2. Perjalanan balik masih jauh. Anak-anak dan isteri ada dalam kereta. Jalan licin dan hujan sepanjang perjalanan. Bawa lorong kiri kurang 80km/j.

“Dia boleh main laser aim pemandu di tempat gelap. Sudahlah banyak kereta di atas highway. Bila sampai tol, berhenti tepi panggil dia nak tegur, dia buat-buat pekak, buat muka tak bersalah pandang depan.

“Apalah bang, nyawa orang jangan buat main-main. Minta peronda LPT2 pantau kejadian ini,” katanya.

Loading...

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang tidak mengawasi kelakuan anak mereka.

Bagaimanapun, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit tampil memberikan penjelasan.

“Kami tak sedar pun anak-anak main laser. Kalau sedar, kami berhenti tepi dah,” katanya.

Loading...

3 Comments

  1. Muhammad Hamdan

    Memang la x sedar.. dah bagi anak pegang lampu laser tu sah² dia akan main.. apa punya ibu.. asal boleh je nak bagi alasan bela diri.. sebelum anak kau main lampu laser tu awal² lagi kau simpankan lah lampu laser tu…

  2. MRAJIZ

    apala mak bapak jenis xbertanggungjawab..mcmtu nk didik anak..dah taw ada laser..xkisah la laser ke apa ke bnda bahaya dlm kreta jgn bg..simpan dulu.. alaaaa makpak pon..pikir sikit..

  3. Waras

    Lain kali bagi anak tu main pisau. Anak dah bunuh orang nanti boleh guna alasan: “Saya tak sedar anak saya dah bunuh abang dia kat belakang”

Leave a Reply