PULUHAN rakyat Palestin maut manakala ratusan yang lain cedera dalam serangan rejim Zionis sejak awal Ramadan yang lalu.
Selain kehilangan nyawa, serangan tidak berperikemanusiaan itu juga mengakibatkan beberapa bangunan dan kediaman hancur menyembah bumi.
Namun disebalik kesusahan dan penderitaan yang dihadapi penduduk di sana, seorang rakyat Malaysia, Nadir Al-Nuri sempat berkongsi kisah seorang pemuda yang syahid dibedil tentera Israel.
Digelar Uthman Affan Palestin
Menurut Nadir, pemuda bernama Hamid Khudeir, 34, merupakan seorang pemilik agensi pengurup wang dan adalah penyumbang utama kewangan kepada pejuang Palestin.
Beliau digelar sebagai Uthman Affan Palestin kerana keberaniaannya memberikan bantuan sehingga pernah diancam bunuh oleh bekas Menteri Perang Israel, Avigdor Lieberman.
Kenderaan dibom jet pejuang Israel
Disebabkan keberaniannya menjadi penyumbang utama sumber kewangan pejuang dan penduduk Palestin, Hamid telah menjadi sasaran bunuh tentera Israel.
Pada hari ketiga Ramadan yang lalu, kenderaannya telah diserang oleh tentera Zionis sehingga menyebabkan pemuda tersebut syahid.
Menerusi Instagram aqsa.soundes, dapat dilihat dengan jelas kereta Hamed terbalik dan musnah dipercayai sengaja dibedil jet pejuang Israel.
View this post on Instagram
Kisahnya telah mendapat perhatian
Perkongsian Nadir Al-Nuri itu benar-benar memberi inspirasi kepada netizen. Sehingga kini ia sudah pun dikongsi lebih daripada ratusan kali.
Nadir Al-Nuri adalah rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Gaza dan merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang masih tinggal di sana dan menjadi sukarelawan dalam setiap misi bantuan di tanah bergolak itu.
Leave a Reply