Pengorbanan bukan sahaja dilalui oleh ibu bapa atau suami isteri, malah anak muda yang sedang asyik bercinta juga membuat perkara yang sama demi menghargai pasangan masing-masing.
Tetapi kalau sudah saling sayang-menyayangi, apa sahaja sanggup dilakukan untuk melihat si dia gembira. Barulah kekasih tak mencari orang ketiga!
Bagi Muhammad Hafiz, dia sanggup memohon cuti kerja untuk menghantar kekasihnya, Fazlin Nabila mendaftar hari pertama pengajian di sebuah universiti di Kuantan, Pahang.
“Hari ni awek aku masuk belajar. Jadi aku bergegas minta cuti kerja sebab nak hantar dari Bentong sampai Kuantan,” katanya.
Walapun hanya menunggang motosikal dari Bentong ke Kuantan, dia bersyukur kerana berjaya sampai ke destinasi yang dituju.
Muhammad Hafiz juga sempat memberikan pesanan buat kekasihnya agar menjaga diri ketika berada di kampus.
“Naik motor pun janji sampai. Saya cintakan awak sayang, jaga diri elok-elok di tempat orang,” ujarnya.
Tambah Muhammad Hafiz, dia juga berhadapan dugaan apabila motosikal miliknya mengalami beberapa kerosakan ketika pulang dan sebelum sampai ke destinasi.
Banyak benda kena hadap!
Tapi jangan salah anggap…
Posting berkenaan tular di laman Twitter dengan diulang kicau sebanyak 4,186 kali dan 8,065 tanda suka yang menerima pelbagai reaksi warganet.
Rata-ratanya memberikan pesanan supaya pasangan itu mengekalkan hubungan dengan sebaiknya dan berharap mereka berdua kekal hingga ke jinjang pelamin.
Kat universiti banyak cabaran, moga terus kekal!
Dunia universiti memang mencabar
Jadi la pendengar yang baik
Harap berkekalan!
Doa yang baik-baik
Sumber: Muhammad Hafiz
UITH8Y98
Andainyanya Aku Pergi Dulu lyrics
Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa
Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga