Bukan sekadar blog

Berita Utama

Guru dedah sikap ibu bapa sanggup tipu gaji kerana mahu bantuan sekolah anak

Pelbagai ragam dapat disaksikan pada sesi persekolahan 2020 yang bermula sejak semalam. Ada yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa, tidur dalam kelas, malah tidak kurang juga ramai yang teruja berkenalan dengan rakan baharu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, pelbagai peruntukan khas telah disalurkan oleh pihak kerajaan bagi meirngankan beban ibu bapa da pelajar.

Malah, terdapat segelintir ibu bapa yang sanggup mengambil kesempatan mengubah nilai gaji semata-mata mahu medapatkan bantuan yang disediakan khusus buat golongan kurang berkemampuan ini.

Menerusi posting seorang guru, Mohd Fadli Salleh, tampil melahirkan kekecewaanya terhadap sikap para ibu bapa ini yang seolah-olah menutup hak orang yang lebih layak untuk menerimanya.

Fadhli mempersoal kewajaran pihak-pihak terbabit untuk mengambil hak yang haram dan diberikan kepada anak masing-masing.

Baginya, penipuan itu sangat tidak berbaloi kerana boleh mempengaruhi sahsiah murid-murid bukan sahaja di sekolah. Bahkan sepanjang hidup mereka dan perkara itu turut bakal disoal pada hari penentuan kelak.

Guru SK Gombak 1 itu menyeru semua ibu bapa agar jangan sesekali mengamalkan tindakan tak bermoral tersebut serta segera bertaubat jika pernah melakukannya sebelum ini.

Hal ini kerana dikhuatiri ketamakan itu akan membarah hingga dalam diri zuriat mereka pula.

Sehingga kini, posting berkenaan telah meraih lebih 2,000 perkongsian dan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya.

Loading...

Leave a Reply