Bukan sekadar blog

Berita Utama

Guna tulang haiwan, lebih 120 jenama penapis air diragui status halal

Boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia mempunyai penapis air moden bertujuan untuk menapis segala jenis pencemaran yang terkandung dalam air.

Ramai daripada kita memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana meragui kualiti air sekarang, namun pernahkah anda terfikir mengenai status halal penapis yang kita gunakan?

Baru-baru ini, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mahyeddin Mohd Salleh memberitahu kajian daripada pihaknya mendapai lebih 120 jenama penapis air berada di pasaran Malaysia.

Jenama-jenama ini yang dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding penapis berjenama dipercayai menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran dan membekalkan kalsium pada air.

Kebanyakan daripadanya adalah jenama yang diimport dari luar negara terutamanya Taiwan dan China kebanyakan karbon aktif adalah daripada tulang haiwan yang dihasilkan China dan diragui status sembelihannya serta keberangkalian untuk tulang yang diambil daripada sumber haram atau syubhah juga adalah tinggi .

Untuk bahan sumber semula jadi, kebiasaannya akan menggunakan cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan talapia.

Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membeli penapis air yang berada di pasaran walaupun kajian yang dilakukan menggunakan aplikasi hukum istihalah iaitu haram menjadi halal apabila berlaku perubahan pada zat dan sifat.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply