Bukan sekadar blog

Berita Utama

GST akan diperkenalkan semula?

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) telah mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji langkah menambah pendapatan negara, termasuk kemungkinan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Bernama, perkara tersebut didedahkan dalam satu nota kepada media oleh Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research, susulan dialog bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat lepas.

Selain memperkenalkan semula GST, antara langkah lain yang sedang dikaji termasuk menganalisa kelemahan dalam sistem percukaian yang sedia wujud dan impak pengenalan cukai baharu terhadap ekonomi, rasionalisasi insentif percukaian, kajian terhadap pengenalan cukai baharu seperti cukai karbon dan cukai digital, dan memperkemaskan pengurusan percukaian.

“Masa (pengenalan) adalah penting terutamanya melibatkan cukai baharu supaya tidak mengganggu proses pemulihan ekonomi.

“Tahun 2021 adalah tahun peralihan daripada (waktu) krisis kepada pemulihan,” jelas nota tersebut tersebut yang memetik Tengku Zafrul.

GST cukai paling telus

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) lebih telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Katanya, apa yang membezakan 2 sistem itu ialah kesannya ke atas rakyat, dengan GST lebih membebankan berbanding SST.

“Kita tidak dapat nafikan ada masalah dari segi penguatkuasaan dan ketirisan yang akan dicari oleh pihak pengilang. Saya akan pastikan Kastam cari kaedah pengkuatkuasaan lebih berkesan.

“Kita tak dapat nafikan kalau sebut mana lebih telus tentu GST lebih telus, ia boleh kutip lebih banyak cukai dengan meluas dan mempunyai kesan ke atas rakyat.

“SST, walaupuan tidak setelus dan seefisen GST, tetapi kesannya kurang ke atas rakyat. Kita beri tumpuan untuk kurangkan cukai yang kena ke atas mereka,” katanya.

Guan Eng berkata, SST adalah cukai yang tidak telus kerana rakyat perlu membayar tetapi cukai yang dikutip tidak dimasukkan dalam resit, berbanding cukai GST yang tercatat pada resit.

Katanya,  sistem cukai yang dilaksala kerajaan Pakatan Harapan tidak seperti Barisan Nasional kerana impak SST kebih kecil berbanding GST.

“Impaknya bukan macam BN, harga barang tidak turun. Kita tidak nafi ada impak. Impak SST kurang daripada GST. GST kita kutip RM44 bilion, SST impak ada, tetapi separuh daripada GST dengan jumlah kutipan sebanyak RM21 bilion,” kata beliau.

“Secara ringkasnya GST dikenakan ke atas 60% produk, manakala SST dikenakan ke atas 38%. Di bawah GST contoh barangan dikenakan cukai, tapi kini tidak dikenakan di bawah SST ialah sardin, susu, kopi, teh, sos cili, sos tomato, bijirin, srikaya, motosikal bawah 250cc, dan basikal,” katanya.

Loading...

Leave a Reply