Bukan sekadar blog

Berita Utama

Gigi dah banyak tumbuh, netizen teruja tengok Ainul makin ‘bambam’

Sudah agak lama rasanya kita tidak mendengar berita mengenai Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin setelah perkembangan kesihatannya menunjukkan tanda positif sepanjang menjalani rawatan di rumahnya.

Terbaru, bapa kepada Ainul iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memuat naik beberapa gambar terbaru anaknya yang berusia 17 bulan itu bagi tatapan pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Rambut ainul kalau tak pakai minyak rambut. Entah ikut siapa lah rambut dia ni 😅

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

“Rambut Ainul kalau tak pakai minyak rambut. Entah ikut siapa lah rambut dia ni,” usik Ahmad Safiuddin pada kapsyen posting tersebut.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga gambar Ainul yang kelihatan telah mempunyai dua batang gigi.

“Yay saya dah ada dua batang gigi! Ini pun tengah gatal lagi gusi ni,” tulis bapa Ainul.

 

View this post on Instagram

 

Yay saya dah ada dua batang gigi! Ini pun tengah gatal lagi gusi ni.

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Kedua-dua posting tersebut menerima banyak komen netizen yang rata-rata mengakui bayi berkenaan nampak sihat dan montel selain memuji kecomelan pipinya yang semakin gebu.

Terdahulu, kisah Ainul yang menghidap kanser Germ Cell Tumor tular di negara ini sebelum menjalani pembedahan di London pada 25 Mei lalu tahun lalu.

Sumber : Ahmad Safiuddin

Loading...

Leave a Reply