Kes kemalangan melibatkan pemanduan dalam keadaan mabuk semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Malah, kejadian tersebut turut menyebabkan kehilangan nyawa individu yang tidak berdosa.
Dalam satu kejadian di Bercham, Ipoh petang semalam, seorang peniaga burger, Hazwan mengalami kerugian apabila gerai miliknya rosak teruk selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki mabuk.
Menurut Hazwan, dia baru sahaja ingin memulakan perniagaan sebelum kereta tersebut merempuh gerainya secara tiba-tiba.
“Nasib Wan dengan anak tak apa-apa. Syukur Alhamdulillah. Allah memberi kami keselamatan, ini dugaan mencari rezeki bukan goyang kaki tau,” tulisnya di laman Facebook.
Menerusi sekeping gambar, kelihatan seorang kanak-kanak menangis teresak-esak dipercayai akibat trauma melihat kejadian tersebut berlaku di depan mataya.
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa geram dan kesal dengan kejadian itu selain berharap supaya kerajaan dapat mengambil tindakan segera terhadap pemabuk.
Sumber: Hazwan
Leave a Reply