Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Gaza bergolak, wartawan Malaysia diminta jalani perintah berkurung!

Umat Islam di Malaysia menyambut kedatangan bulan Ramadan esok dengan penuh syukur.

Bulan Ramadan sentiasa dinantikan oleh umat Islam kerana Allah akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda kepada mereka yang membuat kebaikan pada bulan tersebut.

Namun, berbeza pula dengan keadaan saudara-saudara kita di Palestin ketika ini.

Kedatangan Ramadan disambut dengan bedilan-bedilan roket dan serangan bom oleh tentera Zionis laknatullah.

Wartawan, sukarelawan tak dibenar keluar

Menurut laporan daripada Harian Metro, sejak dua hari lepas, para sukarelawan dari Muslim Care Malaysia dan wartawan daripada unit akhbar itu sendiri telah diminta untuk menjalani perintah berkurung.

Hal tersebut kerana telah berlaku serangan tembakan balas dari tentera Israel selepas seorang daripada tenteranya parah ditembak tentera Palestin.

Israel ledak bangunan di Gaza

Pengasas kepada badan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, tentera Israel dipercayai bertindak balas selepas seorang tenteranya cedera ditembak pejuang Palestin.

“Kejadian itu berlaku di lokasi GMR di Malakah pada petang Jumaat dan pada sebelah malam Israel mula melancarkan serangan bom bertalu-talu termasuk di pusat bandar,” katanya.

Serangan bertali arus menjelang Ramadhan

Tambah Nadir Al-Nuri, sumber daripada Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan 50 mangsa cedera akibat serangan tentera Israel itu dan menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 250 buah bom roket dilepaskan ke atas tentera Israel bagi serangan balas terhadap tembakan yang dilepaskan sejak 36 jam yang lalu.

Masa bulan puasa pasti ada serangan!

Menerusi Facebook, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan meminta agar rakyat Malaysia di sana menjaga keselamatan diri.

Mereka turut mengecam tindakan kejam tentera Israel yang sengaja mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang bakal disambut esok.

Moga saudaraku di sana dilindungi

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Theme by Anders Norén