Bukan sekadar blog

Tragedi

Gadis maut kemalangan, masjid dipenuhi jemaah ketika solat jenazah

BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita menerima laporan atau membaca di dada-dada akhbar mengenai kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

Semalam, seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Insyirah Az-Zahra Mohd Jasni maut selepas kereta miliknya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Bukit Kachi, Changlun.

Menurut sumber, kereta yang dipandu gadis berusia 21 tahun itu bertembung lori berkenaan yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Mangsa yang parah pada anggota badan maut serta-merta di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke asramanya dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, abang kepada Allahyarham, Ahmad Irfan Saddiqi ada memuat naik sebuah posting menerusi laman Facebook ibu mereka yang memohon orang ramai supaya menitipkan Al-Fatihah untuk arwah.

Adik saya telah kembali ke rahmatullah…

Ramai jemaah tunggu arwah untuk solat jenazah…

Semoga arwah dikurniakan rahmah Allah dan ganjaran Jannah…

Loading...

Leave a Reply