Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Gadis dikejar ke hospital, menangis tanpa henti ketika tonton Avengers: Endgame

SEORANG gadis dikejarkan ke hospital setelah menangis tanpa henti selama tiga jam dalam pawagam ketika menonton filem Avengers: Endgame.

Menurut laporan berita people.cn, pelajar kolej di Zhejiang, China itu terus mengalirkan air mata sehinggalah ke penghujung filem.

Pelajar yang dikenali sebagai Xiao Li, 21, itu dilapor membeli tiket filem itu sebaik saja ia mula dijual kepada orang ramai.

Ketika menonton, rakannya perasan yang Xiao Li mengalami masalah pernafasan selain tangan serta kakinya seakan longlai.

Apabila Xiao Li mula menangis dan menunjukkan tanda-tanda akan lumpuh, rakannya terus menghubungi talian kecemasan.

Doktor di Hospital Mingzhou Univeriti Zhejiang yang memeriksa Xiao Li mendapati gadis itu menunjukkan simptom hiperventilasi.

“Gadis itu menangis hingga menyebabkan dia mengalami hiperventilasi.

“Kami berjaya menenangkannya dengan memberikan dia oksigen tambahan.”

Keadaan Xiao Li semakin pulih selepas rawatan dan dia dibenarkan pulang pada hari sama.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén