Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Dalam Negeri

Fuziah, Bee Yin, ahli parlimen DAP perlu ‘disekolahkan’ – Redzuan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan beberapa ahli parlimen DAP termasuk menteri Yeo Bee Yin perlu ‘disekolahkan’ dengan mereka seharusnya mengurangkan berpolitik dalam mentadbir.

Mengingatkan perkara itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menegaskan, mereka harus jujur dan ikhlas dalam mentadbir urus negara dengan berpandukan kepada fakta dan bukannya untuk meraih populariti dan sokongan politik.

“Mengarahkan saya untuk tutup mulut dan jaga hal kementerian sendiri, mereka ini saya fikir perlu ‘disekolahkan’. Sebagai menteri kabinet, saya ada locus standi untuk bercakap pasal Lynas (meneruskan Lynas)..,saya menyuarakan keputusan dan konsensus Kabinet.

“Fuziah yang tidak ada locus standi. Kepada Yeo Bee Yin, menteri berkenaan sentiasa ada fungsi yang bertindan dan sepatutnya tidak bekerja dalam silo.

Menteri kena bekerjasama dalam satu pasukan,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, sebagai pembangkang sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu, Fuziah dan beberapa menteri kerajaan hari ini mungkin tidak memperoleh maklumat yang tepat mengenai sesuatu isu termasuk isu Lynas dan mereka mempolitikkan isu-isu tersebut untuk meraih sokongan politik.

“Jujurlah…kepada ahli parlimen kerajaan, ubahlah sikap selama 61 tahun sebagai pembangkang,” kata Mohd. Redzuan lagi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén