Dalam konteks hidup bermasyarakat, seseorang individu perlu menunjukkan sikap saling bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.

Begitu yang diamalkan di negara ini apabila golongan bukan beragama Islam turut mengambil berat mengenai Muslim ketika mengharungi cabaran bulan Ramadan.

Semalam, seorang pengguna Facebook, Nasx Seth telah memuat naik beberapa keping gambar waktu berbuka di dalam feri.

Nasx berkongsi cerita ketika berada di atas kapal feri yang mengalami kerosakan dan malangnya, dia tiada makanan untuk berbuka puasa pada ketika itu.

Nasx memberitahu dia sangat terharu apabila terdapat dua individu Cina yang sangat baik hati dan prihatin datang menghulurkan makanan untuknya berbuka puasa.

Dari langkawi ke kuala kedah.. Tetiba ferry rosak n patah balik.. Tukar ferry smula n xda makanan utk berbuka..

So berbuka dgn air saja. Tetiba ada aunty cina ni bg coklat utk berbuka.. Then dia buka suma coklat dia p bg kat semua org mlayu yg puasa kat dlm ferry sbb dia cakap kena makan kalo berbuka..

Pastu mamat cina kat blakang aku bg plak kfc.. Dia cakap u kena mkn sbb puasa.. Kalo xmau makan bg sama org lain yg puasa..

Berjurai air mata aku.. Sapa cakap org cina rasis aku nak bg starlight kat dahi dia.. Rasis tu sikap individu tu sendiri.. Orang cina bangsa malaysia ni baik2.. No rasis..

Rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan mereka dan memuji apa yang dilakukan oleh aunty dan lelaki Cina tersebut.

Semoga Ramadhan ini menjadi bulan terbaik untuk kita semua menyebarkan kebaikan.

Loading...