Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

FAMA Terengganu bakal lelong durian RM10 sekilo

Sebanyak 15 hingga 20 tan metrik durian pelbagai jenis akan dijual pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran melalui program Jualan Anak Beranak 2.0 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu pada awal Ogos ini.

Pengarahnya, Fauzi Mohamad berkata melalui program itu, FAMA akan membeli durian daripada kira-kira 50 hingga 100 pengusaha durian di sekitar Besut dan Setiu serta Kelantan untuk dijual pada harga yang murah kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, harganya masih belum dimuktamadkan lagi kerana harga durian agak sukar dijangka…jaminan kita durian kampung akan dijual tidak lebih RM10 untuk satu kilogram (kg) atau mungkin juga kita jual RM10 sebiji.

“Jadi, kita uar-uarkan program ini lebih awal agar orang ramai bersedia untuk datang mendapatkan buah-buahan tempatan apabila ia berlangsung kelak,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri anjuran usahawan FAMA Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

Selain durian, pengunjung program itu juga boleh membeli pelbagai buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dan salak dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Pada tahun lepas, FAMA menjual durian kampung pada harga RM6 hingga RM8 untuk 1 kg berbanding harga pasaran antara RM8 hingga RM10, manakala manggis dan rambutan dijual RM10 untuk 3 kg berbanding harga pasaran lebih RM5 untuk 1 kg.

Untuk rekod, sebanyak 10 tan metrik durian ‘licin’ tidak sampai dua jam jualan dibuka kepada orang ramai pada tahun lepas.

– Bernama

1 Comment

  1. Marshall

    Durian dah murah sekarang. Belah Penang sekilo rm6. Boleh tak jangan jual pakai timbang, jual pakai lungguk, mcm dulu-dulu…

Leave a Reply

Theme by Anders Norén