Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ekonomi dalam keadaan sukar, berhenti bercakap pasal politik – Prof Jomo

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu berhenti bercakap mengenai isu-isu politik sebaliknya mengenal pasti dan menangani isu-isu dari luar yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, ekonomi kini berdepan dengan masalah sebenar.

“Lupakan politik buat masa ini, anda boleh tunggu sehingga sebelum pilihan raya akan datang. Buat masa ini kita perlu bersatu demi negara,” kata ahli Majlis Penasihat Kerajaan itu ketika ditemui di Konvensyen Ekonomi Malaysia.

Jelasnya, ekonomi sekarang berada dalam keadaan sangat sukar kerana situasi luar sangat teruk menyebabkan kemerosotan setiap hari.

Meskipun masalah-masalah yang berlaku di luar kawalan kerajaan tetapi Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi situasi sukar itu yang dijangka berlarutan.

Jomo percaya Malaysia akan mendapat tempias dalam pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Ini kerana, China adalah rakan dagangan utama dan memiliki banyak pelaburan.

Malah, Malaysia juga menjadi salah rakan niaga dengan China.

“Malaysia sukar lari daripada perkara-perkara begini sama ada kerajaan dahulu mahupun sekarang kerana ia (China) menjadi sebahagian daripada ekonomi kita,” ujarnya.

Beliau menekankan bahawa Malaysia perlu mula bertindak ke atas pelabur-pelabur domestik memandangkan 90 peratus pelaburan dalam negara adalah domestik. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply