BAGI menghargai jasa dan penat lelah pembantu rumah, pemberian duit raya sekurang-kurangnya dapat membuatkan mereka lebih bersemangat dalam melaksanakan tugasan seharian.

Itu dilakukan oleh pelakon, Datin Paduka Eina Azman yang bermurah hati untuk menghulurkan duit raya kepada dua pembantu rumahnya ketika sambutan Aidilfitri, beberapa hari yang lalu.

“Bersama bibik-bibik cantik saya, Mega dan Marilou,” tulisnya ringkas di Instagram.

Berikutan itu, Eina menerima pelbagai reaksi daripada pengikut Instagramnya yang rata-rata turut menyatakan hasrat ingin menjadi pembantu rumahnya.

Tidak kurang ada juga memuji penampilan sedondon mereka yang menganggap Eina melayan pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri.

Sumber: Eina Azman

Loading...