Bukan sekadar blog

Berita Utama

Dua beradik selamat dikebumi, ibu terlelap ketika pandu kereta

DUA kanak-kanak perempuan yang maut selepas kereta dinaiki bersama keluarga terbabas dan terjunam ke dalam gaung pada Rabu selamat dikebumikan, semalam.

Ibu saudara mereka, Noorhayati Md Said sempat memuat naik beberapa gambar sekitar majlis pengebumian Nur Halisa Sufiyya Resmansaha dan adiknya, Nur Syaakur Safiyyah di laman Facebook.

“Syukur alhamdulillah dipermudahkan. Al-fatihah buat anak-anak syurga,” tulisnya.

Menerusi laporan Astro Awani, kereta pacuan empat roda yang dipandu ibu mangsa di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut, Tawau hilang kawalan selepas terlelap seketika.

“Nur Asilah dan suami Resmanshah Indrat bersama seorang lagi anak lelaki mereka, Amru Muhammad Shah turut mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang terselamat duduk di bahagian hadapan kenderaan berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Tawau, Pemangku Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Sementara itu, netizen menitipkan doa buat kanak-kanak perempuan terbabit dan berharap agar keluarga mereka tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Loading...

Leave a Reply