Bukan sekadar blog

Berita Utama

Dr Amalina rayu rakyat Malaysia terus menderma buat Ainul Mardhiah

SEPERTI yang kita tahu, Dr. Amalina Che Bakri dan pasukannya di United Kingdom sudah bersedia untuk membantu adik Ainul Mardhiah yang menghidapi penyakit kanser Germ Cell Tumor dengan membawanya untuk dirawat di sana.

Namun, faktor kewangan ternyata masih menjadi penghalang untuk keluarga Ainul Mardhiah kerana rawatan anak ini memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

Beberapa jam yang lepas, Dr. Amalina ada memuatnaik entri terbaru dalam Instagram Story-nya di mana beliau memohon orang ramai untuk terus memberi sumbangan bagi membantu adik Ainul ini.

Dalam entri Story terbarunya, Dr. Amalina sekali lagi merayu demi sumbangan bagi adik Ainul dan turut menegaskan segala kos rawatan telah ditetapkan oleh pihak hospital dan beliau tidak mendapat apa-apa daripadanya.

“Saya hanya mahu menegaskan yang saya tidak terlibat dalam apa-apa hal berkenaan kos rawatan Ainul, segalanya ditetapkan oleh pihak hospital.”

Sambungnya lagi, “Saya tidak mendapat satu sen pun daripadanya. Jadi, tolonglah menderma sebanyak mana yang anda mampu. Terima kasih.”

Bagi anda yang mahu membantu dengan menderma, anda boleh salurkan bantuan anda ke akaun bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak – 554110509928 (Maybank).

Semoga segala yang anda salurkan mendapat balasan pahala daripada-Nya dan kepada Dr. Amalina dan pasukan, kami mewakili rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih.

Sumber: Dr Amalina Bakri

Loading...

Leave a Reply