Bukan sekadar blog

Berita Utama

Dr Amalina dan ‘team’ tunggu ketibaan adik Ainul di UK

Khabar gembira daripada Ahmad Safiuddin, bapa kepada adik Ainul Mardhiah.

Beberapa minit lalu, beliau telah memuat naik status di laman Facebook miliknya menyatakan Dr. Amalina Bakri dan para perubatan di United Kingdom (UK) telah bersedia mengambil kes anaknya.

“Assalamualaikum. Update terkini, Dr Amalina di UK and team sudah respon,” tulisnya.

Susulan berita baik itu, beliau dikehendaki melakukan ujian MRI kepada adik Ainul.

“Mereka dah ready di sana dan minta kami buat MRI di sini.

“Menurut kata Dr Amalina, pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul.

“Apa pun jalannya, semoga Allah permudahkan. Semoga ada Allah dalam setiap langkah dan usaha kami,” ujarnya penuh kesyukuran.

Loading...

Leave a Reply