Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Doktor pakar korban kesembilan Covid-19

Pakar patologi, Dr Usman Sani Saidin disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19 di Hospital Tunku Fauziah, pada jam 10.33 pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus tersebut kini sembilan orang.

Berita kematiannya disahkan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa di Twitter, sebentar tadi.

“Takziah. Innalillahiwainnailaihirajiun. Dr Usman Sani Saidin, doktor pakar patologi Hospital Tunku Fauziah telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.33 pagi tadi.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah,” ciapnya.

Mangsa dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén