Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat’ – Mangsa ketujuh Covid-19 meninggal dunia

SEORANG lagi pesakit koronavirus baharu (Covid-19) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini tujuh kes.

Berita kematian itu dimaklumkan anak perempuan mangsa menerusi Twitter sebentar tadi.

“Assalammualaikum semua. Dengan berat hati, ayah saya Idris bin Atan telahpun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat. Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat.

“Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian,” ciap Syahira Idris.

Syahira juga turut disahkan positif virus tersebut dan kini dirawat di hospital yang sama.

Loading...

Leave a Reply