Sejak kebelakangan ini, nama Ustaz Ebit Lew menjadi sebutan di media sosial apabila beliau kerap turun padang membantu frontliners dan golongan yang memerlukan dalam menghadapi krisis Covid-19.

Bagaimanapun, usaha murni Ustaz Ebit menyebabkan segelintir individu merasa kurang senang kerana dianggap sengaja mencari populariti.

Malah, ada yang mula mempersoalkan kekayaan yang dimiliki Ustaz Ebit kerana beliau sering menaiki kereta mewah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Seorang pengguna Facebook bernama Yusran Yusof menjelaskan kekayaan yang dimiliki beliau adalah hasil daripada usahanya sendiri sebagai ahli perniagaan, penceramah, pakar motivasi dan penulis buku selain turut membuat duit menerusi saluran Youtube miliknya.

“Ade yang cakap Ustaz Ebit Lew gunakan duit derma orang ramai untuk beli kereta mewah. Janganlah kita jadi bodoh. Saluran Youtube Ustaz Ebit Lew view dia lagi bayak dari Youtuber Soloz (gamer terkenal Malaysia) kot, kalau Soloz pun mampu pakai Mustang dah tentu Ustaz Ebit Lew mampu juga paka Alphard,” tulisnya.

Yusran turut mendedahkan pendapatan kasar yang diperolehi Ustaz Ebit daripada Youtube sekurang-kurangnya RM12,000 sebulan.

Selain itu, Ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku dan jemputan ceramah.

Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu membeli kereta mewah untuk memudahkan beliau bergerak. Justeru, sebelum menuduh ada baiknya kita siasat dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.

Loading...