Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Dihalang kebumi di kampung sendiri, bapa merata cari tanah urus jenazah anak

Seorang bapa mati akal untuk mengebumikan jenazah bayinya berikutan penduduk kampung enggan menguruskan jenazah tersebut.

Malah, jenazah bayi itu tidak dibenarkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya hanya kerana bapanya bukan warganegara dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Namun, nasib lelaki itu terbela apabila dia dipertemukan dengan soerang individu yang sudi meguruskan pengebumian bayinya sehingga selesai.

Menurut individu yang dikenali sebagai Abang Botak, hatinya hancur dan remuk setelah lelaki itu menceritakan apa yang terjadi pada dirinya.

“Berapa sangatlah ruangan tanah yang akan di gunakan untuk jenazah bayi yang baru lahir sehingga kita tergamak tidak mengurus jenazah bayi tersebut.

“Ingatlah saudaraku. Allah tidak tanya, apa negaramu nanti, dan apa negaranya nanti.

“Tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah jalankan tanggungjawab kita sebagai Muslim.

“Istifarlah, bermuhasabahlah!,” tulis Abang Botak di Facebook.

Menurut Abang Botak, jenazah bayi itu akhirnya berjaya dikebumikaN di Tanah PerkubuRan Islam Sim-Sim selepas mendapat kebenaran daripada penjaganya.

“Terima kasih kepada penjaga tanah perkuburan kerana mengizinkan jenazah bayi ini di tanam di sana.

“Ini bukti dalam hati kamu masih ada nilai kemanusiaan.

“Saya pulangkan pada rakan-rakan untuk menilainya. Izinkan saya berbeza pendapat,” tulisnya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén