Bukan sekadar blog

Berita Utama

Diejek rakan sebab tangan cacat, namun respon murid tahun 1 ini buat bapanya sebak

Tidak semua orang di dunia ini yang dilahirkan dalam keadaan sempurna. Ini termasuklah seorang murid tahun 1 di Kepong yang lahir dengan sepasang tangan yang cacat.

Walaupun memiliki kekurangan dari segi fizikal kanak-kanak itu tetap bersemangat untuk memulakan persekolahannya di sekolah baru.

Namun, bagi bapa kanak-kanak itu yang dikenali sebagai William Foo, dia masih risau terhadap penerimaan rakan-rakan anaknya di sekolah apabila melihat tangannya sedikit berbeza dengan mereka.

Sabaik sahaja anaknya pulang dari sekolah, William terus bertanya sama ada dia diejek atau sebaliknya.

Memang benar apa yang difikirkan William. Tangan anaknya diejek seperti tangan ayam, namun jawapan yang diberikan anaknya membuatkan William tergamam.

Anaknya sedikit pun tidak terkesan dengan ejekan tersebut, malah dia membetulkan lagi cakap rakannya bahawa tangannya bukanlah seperti tangan ayam, sebaliknya kaki ayam.

“Ramai orang ketawakan tangan saya, tapi biarlah mereka mahu ejek. Saya masih boleh lagi buat macam-macam benda dan makan guna tangan ini,” ujar kanak-kanak itu.

Menurut William, kecacatan pada anaknya itu bersifat keturunan disebabkan isteri dan anak bongsunya juga mempunyai kecacata yang sama.

Kini, dia turut risau memikirkan mengenai nasib anak bongsunya apabila memasuki alam persekolahan satu hari nanti.

Loading...

Leave a Reply