Bukan sekadar blog

Berita Utama

Covid-19: Perantau bawa pulang jangkitan baharu ke Kelantan

SELEPAS lebih sebulan bebas daripada Covid-19, Kelantan kembali mencatatkan satu kes terbaharu di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, ketika mengesahkan perkara itu berkata, usia kandungan mangsa 32 minggu.

“Setakat maklumat yang kita tahu, ahli keluarganya negatif, dia seorang saja positif. Namun ahli keluarga lain dikuarantin.

“Apa yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri. Mangsa (pesakit) balik ke kampung apabila dibenarkan untuk rentas negeri baru-baru ini.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, hari ini.

Kes Covid-19 baru di Kelantan satu tragedi

Sementara itu, polis menunggu arahan dari kerajaan Kelantan untuk sebarang tindakan selanjutnya berhubung kemunculan semula kes Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian itu adalah satu tragedi memandangkan Kelantan sudah lebih sebulan berstatus zon hijau dan kini secara automatik bertukar kepada kuning.

“Ini adalah satu tragedi di Kelantan dan apa yang kita tahu seorang pembawa boleh menjangkiti 30 orang yang lain.

“Untuk periksa seorang demi seorang individu yang merentas negeri sudah pasti satu beban yang perlu ditanggung oleh kami sedangkan wabak itu dibawa dari negeri lain.

“Bagaimanapun kami akan mengadakan mesyuarat dan terpulang kepada kerajaan (negeri) untuk memutuskan sebarang perubahan tindakan dalam penguatkuasaan pemantauan nanti,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya Bukit Yong, Pasir Puteh, hari ini.

Loading...

Leave a Reply