Bukan sekadar blog

Info

Cikgu cun sambut murid pelbagai cara, ramai pilih untuk dipeluk

TIDAK dapat dinafikan terdapat segelintir murid yang tidak bersemangat untuk hadir ke sekolah setiap hari.

Perkara itu mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya sikap guru terlalu tegas ataupun suasana pembelajaran yang membosankan.

Namun berbeza bagi seorang guru, Nattaya Nat yang mempunyai cara tersendiri untuk mewujudkan suasana ceria sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Loading...

Baru-baru ini, guru berusia 25 tahun itu berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya menyambut kehadiran anak-anak muridnya di hadapan kelas.

Nattaya berkata, dia akan menyambut setiap anak muridnya berdasarkan pilihan mereka seperti bersalaman atau berpelukan.

Rakaman video yang dimuat naik itu kemudiannya tular di media sosial selain menerima lebih 3.4 juta tontonan dan 21,000 tanda suka daripada netizen.

Sumber: Nattaya Nat

Loading...

Leave a Reply