Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Cadangan tanam padi waktu malam punyai maksud tersirat – Salahuddin

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung inisiatif penanaman padi waktu malam sebagai kata-kata yang mempunyai maksud tersirat.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat agar rakyat dapat memikirkan cara-cara terbaik dalam memastikan kehidupan yang lebih baik.

“Saya rasa Tun bercakap dalam banyak lapis bahasa supaya kita semua lebih inovatif dan lebih memikirkan cara-cara terbaik untuk kehidupan yang lebih baik.

“Saya tidak membaca kenyataan itu hanya pada literal tapi dengan cara bagaimana kita harus melihat masa depan dengan idea yang lebih inovatif dan menggunakan setiap ruang dalam hidup ini untuk maju ke depan,” katanya selepas sidang media perbincangan strategik antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) di sini semalam.

Kelmarin, Dr Mahathir memaklumkan bakal memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam dalam usaha membantu meringankan kerja rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén