Bukan sekadar blog

Berita Utama

Budak tahfiz kena ‘smack down’ sampai patah kaki, demi jaga nama ustaz tipu konon jatuh tangga

Memang tidak dinafikan kes buli melibatkan pelajar tahfiz semakin kerap berlaku sehingga ada pelajar yang mengalami kecederaan.

Dalam satu kes yang berlaku di sebuah maahad tahfiz di Seksyen 16, Shah Alam, seorang pelajar patah kaki akibat dibuli rakannya yang lebih senior.

Kejadian yang berlaku pada Mac lalu menimbulkan rasa tidak puas hati penjaganya berikutan pihak tahfiz yang cuba menutup kes itu daripada diketahui umum.

Pada awalnya, bapa kanak-kanak itu, Syamsul Hasyim tidak mahu menghebohkan kejadian itu namun disebabkan tiada tindakan lanjut dikenakan ke atas pembuli, dia terpaksa mendedahkannya di media sosial.

Menurut Syamsul, dia kesal kerana pihak tahfiz hanya memberitahu anaknya jatuh tangga namun apabila diperiksa kamera litar tertutup (CCTV), didapati anaknya dipukul oleh seorang pelajar berbadan gempal sehingga menyebabkan kakinya patah.

Syamsul kemudiannya membuat laporan polis agar kes itu dapat disiasat dan pembuli itu akan dikenakan tindakan yang tegas di atas perbuatannya.

Dia berharap agar kes tersebut menjadi pengajaran kepada mana-mana sekolah tahfiz agar tidak menyembunyikan sebarang salah laku melibatkan pelajar mereka semata-mata ingin menjaga nama baik tahfiz.

Loading...

Leave a Reply