Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Hanya tinggal kepala

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam keadaan mengerikan apabila menjadi makanan buaya selepas terjatuh di dalam kolam haiwan berkenaan yang terletak di rumahnya.

Mail Online melaporkan, mayat Rom Roath Neary hanya tinggal kepala selepas dia dibaham beberapa ekor buaya yang dibela keluarganya di sini.

Jurucakap polis, Och Sophen berkata, ketika kejadian ibu mangsa baru melahirkan anak dan sibuk menjaga anak bongsunya itu hinggga tidak sedar Rom memanjat pagar di kolam buaya berkenaan.

Bapa mangsa membawa keluar kepala anaknya itu dari kolam buaya miliknya.

Tidak lama kemudiannya, bapa Rom pulang ke rumah dan mendapati mangsa hilang sebelum mencarinya di sekitar rumah.

“Apabila dia mencari Rom di sekitar kolam buaya, dia terkejut apabila melihat haiwan itu sedang berebut kepala anaknya yang sudah terputus.

“Bapa mangsa terus masuk ke dalam kolam buaya dan untuk mengambil kepala anaknya itu. Semua anggota badan mangsa dipercayai habis dibaham haiwan ganas berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén