Bukan sekadar blog

Berita Utama

Bos Mydin mahu gaji penjawat awam dipotong, turut pikul beban Covid-19

PETALING JAYA – Taikun sektor runcit terkenal mempersoalkan bagaimanakah penurunan cukai dan kejatuhan harga eksport komoditi utama akan membolehkan Putrajaya mengekalkan gaji penjawat awam.

Ini tidak seperti sektor swasta yang mengumumkan potongan gaji dan pembuangan pekerja susulan kesan kewangan akibat krisis Covid-19 yang sedang berlaku.

Pengarah urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin berkata, hasil kerajaan akan terkesan bukan sahaja kerana kejatuhan harga eksport seperti minyak mentah dan minyak sawit, tetapi juga kemerosotan kutipan pelbagai cukai, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berikutan penutupan perniagaan dan berkurangnya perbelanjaan pengguna.

“Syarikat perniagaan terhimpit dan semua orang dalam sektor swasta menghadapi potongan gaji, termasuk mereka yang bekerja sendiri. Kita semua terkesan,” kata Ameer kepada FMT.

Beliau berkata, syarikatnya membuat potongan gaji kakitangan sehingga 50% dan menghentikan bayaran kepada pengarah atasan.

“Kami tidak ada pilihan. Sama ada terima potongan gaji atau gulung tikar,” katanya.

Beliau berkata, banyak industri terpaksa mengambil langkah drastik, termasuk memberhentikan kakitangan mereka.

Bagaimanapun katanya, keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam walaupun anggota Kabinet membuat potongan gaji dua bulan seperti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Menteri dan timbalan menteri menerima potongan gaji. Sesetengah menteri besar dan anggota mereka juga berbuat demikian. Itu bagus.

“Tetapi sebilangan pegawai tinggi kerajaan masih mendapat gaji penuh, termasuk ahli Parlimen dan Adun. Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas patut menerima potongan gaji,” kata Ameer.

Beliau berkata, gaji penjawat awam juga patut dikurangkan, selain menambah bahawa penjimatan itu boleh digunakan bagi membantu golongan miskin yang paling terkesan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ameer berkata, potongan gaji penjawat awam boleh dibuat berdasarkan peringkat gaji mereka.

Beliau juga berkata, selain pinjaman perumahan yang diambil oleh penjawat awam melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), semua pinjaman bank lain diberikan moratorium.

“Tiada moratorium diberikan ke atas pinjaman LPPSA kerana penjawat awam mendapat gaji penuh. Jika mereka menerima potongan gaji maka tentulah harus diberikan moratorium ke atas pinjaman LPPSA.

“Semua orang harus memikul beban ini,” katanya.

Loading...

49 Comments

  1. Muhammad bin Abdullah

    Mamak ni nak kena boycot ke ape? Bila sektor swasta dapat bonus berbulan2 gaji ade penjawat awam ni dengki ? Cara fikir sempit mcm ni ape punya makhluq la. Ni la kesannya bila fikir pasal duit je dalam hidup. Insap la mamak.

    • Ani

      Amboi…selama ni kita belanja kt maideen kot. Pas ni jgn harap la.

    • Lattif Raphael

      Stuju

      • Mizzbean

        Bodoh

      • Syjam

        Dia dah kaya melambung..boleh le cakap begitu. Cuba duduk di kerusi penjawat awam seperti kita. Baru dia boleh rasa keadaan kita..

    • Khairul

      Sektor swasta banyak yg tak dapat bonus dan gaji penjawat awam pada purata sekarang adalah lebih tinggi dari gaji pihak swasta dengan kelayakkan yg sama. Kita lihat oenjawat awam mendapat banyak keistimewaan yg tudak dirasaiboleh pekerja swasta dan jika dipotong sebahgian gaji adalah berpatutan untuk sama2 mengharungi wabak ini. Untuk 1.6 juta penjawat awam untuk negara yg hanya 32 juta orang adalah nisbah paling tinggi dalam dunia.

  2. ABC

    Boykot je mydin ni, biar anjing ni rase sikit

    • Dino

      Berjaya konsep BMF

    • Omar

      Potong gaji 50%? Masa Covid orang x belanja kah? Rmai yg ddk rumah, jd mkn bnyk belanja dapur. Nampak sngt nk untong lbh!!!!

      • Mohd

        Boleh potong 50% xpe..
        Janji barang awak pun potong 50% harga..
        Ada berani bossku

      • K

        1.6/32 =0.05 besarnya.
        Knp xkaji 99.95 % dekat mn?
        Ke 99 .95 tu kecik

      • Saraneyo biana

        Bukan semua penjawat awam bergaji besar….ada yg cukup2 mkn jer…hai boss..mcm jeles jer gan penjawat awam…kenapa ekkk….kita pn sokong mydin tau…

    • Noruziayana

      Kesian kakitangan maydin kena potong 50%. Biar betul. Padahal maydin beroperasi macam biasa je kan. Pekerja g kerja mcm biasa. Malahan keuntungn berlipat kali ganda, sebab ramai org beli. Masak di rumah.

    • Ena

      Agak2 la nk suh potong gaji penjawat awam ni. Ko ingat besar gaji penjawat awam ni. Kaji dulu ler. Kne laki bini keje gomen dh potong ank2 nk mkn apa. Kne bayar yuran taska utk 2,3 org dh hbs tau. Ishhh. X nk masuk mydin lg.

  3. ABC

    Boykot je mydin ni, biar anjing ni rase sikit, meh

  4. Din

    Sebelum cakap pikirblah dlu banyak sgt ke gaji penjawat awam nie yg kau sibuk suruh potong kau x apa lah dh jutawan nie penjawat awam nak bwa ank makan mcd ke kfc ke kna pikir dua kali kau ada rasa ke.. Aku pn x tau kau nie nk jd koparat ke nk politik murahan…. Lps nie penjawat awam x yah pi mydin dh belagakkk plk dia nie..

  5. Cde

    Bodo mydin ea.. Duk susoh ke ke org.. Cara hal dalam kain mg sdoh la.. Boikot mydin.. Hidup giant..

  6. suria fadzil

    admin,
    cuba tgk kisah pengusaha kosmetik ni,
    perniagaan kosmetik merosot
    tapi hasilkan produk bantu pekerja untuk
    tambah pendapatan
    http://www.mieranadhirah.com/2020/04/pkp-beri-ilham-pada-cpg-hasilkan-produk.html?fbclid=IwAR1iq46sNQFn4LX-OWb1sJo6cQInoc9kF4jXgnIS1p3hwdDWvHVRvgU2yVs

  7. Rakyat Prihatin

    Betul jugak kata tauke Mydin ni….klu gaji kakitangan awam dibuat potongan sehingga 50% atau diberhentikan sementara semua jenis elaun kakitangan awam maka boleh la kerajaan pertimbangkan utk mengurangkan sikit amaun cukai pendapatan bulanan rakyat utk tempoh setahun ini….

  8. Makcik Kau

    Dah la gaji penjawat awam rendah. Bertahun2 nak dapat anjakan gaji tu pun susah. Baru ura2 nak dapat kenaikan gaji je serta-merta harga barang pun naik. Bonus pun ciput. Apa kata kau turunkan harga barang dari kau cadang suruh turunkan gaji orang? Sekurang2nya dapat juga rakyat marhaen berbelanja keperluan dalam musim yang mendesak ni.

  9. XUMNO

    Satu cadangan baik tetapi bukan semua penjawat awam . Letakkan had dan pengecualian. umpamanya pegawai2 dan kakitangan kerajaan di jabatan2 kritikal seperti kesihatan, polis, tentera, bomba serta penjawat2 awam yang gaji pokok bulanan kurang dari RM5,000. Peratus potongan juga hendaklah mengikut Gred gaji. Adalah tidak munasabah apabila pegawai2 kerajaan duduk di rumah tidak bekerja tetapi masih menerima gaji RM 8,000 hingga RM20,000 goyang kaki sedangkan petugas2 di barisan hadapan yang bergaji kurang dari RM5,000 mengadai nyawa di tengah panas dan hujan serta berhadapan dengan ancaman jangkitan Covid-10.

    • Sabarani

      Setuju sangat² cadangan ni. Kakitangan awam yg duduk dkt rumah tanpa buat apa² kerja hakiki patut dipotong elaun dan 10% basic.

      Kakitangan barisan depan patut diberikan elaun tambahan kerana bergadai nyawa dan terdedah kepada pelbagai risiko terutamanya penyakit berjangkit…..

  10. makcik bwg

    korg ingat kami ni gaji berjuta ke bongok?

  11. Ani

    En mamak mydin.. serahkan la harta kau tu kpd tabung covid..mmg wajar

    • Jukeptu

      Kenapa potong gaji pekerja dia 50%???
      Mydin tak pernah tutup pon n jualan maintain kn?
      Nak claim Rm800 perhead wang kerajaan la tu 🤔

  12. Ninja

    Mari la jadi frontliner…rasa pulak yg kami hadap. Skrg kamu bersenang lenang duduk rumah goyang telo , kami ni penjawat awam tinggal anak bini untuk bersama tangani covid ni…. meh la duduk sama dgn mangsa covid.lagi kamu nk potong gaji kami yg sedia kecil dan tiada bonus berbulan-bulan macam swasta terima.

  13. lantodak

    Kalau tak nak gaji perkerja kau kena potong takpayah la kau bercita2 nak jd taukey maydin bayar cukai bayar gaji perkerja kau tu bodoh…bab gaji penjawat awam xperlu kau nk masuk campur ada ke kami ni penjawat awam mintak sedekah duit kau tu lahanat…penjawat awam 1.6 juta ni la yg jdkn kau kaya bangsat…kalau dengki sgt dgn gaji penjawat awam ni xkena potong kau xpayah la jd taukey maydin jagan nak cari isu nk kecam kerajaan silap hari bulan lingkup perniagaan kau…kau kena inagt la bangsa mamak yg naikkn perniagaan kau tu adalah kuasa pembeli berbangsa melayu…klu kau xnak gaji perkerja kau kena potong lbh baik kau buat perniagaan lain…

  14. Lieyza

    Boykot je mydin ni, biar dia rasa sikit, selama ni org tolong dan beli kt tpt dia.. Lg banuak bunyi ini org tua.

    • XX

      Sedih nasib pekerja sendiri x dibela, drp fikir nk jatuhkan rumah org lain knp xusahakan bela pekerja sendiri, slmn ni untung2 tu xsuport pekerja sendiri org rumah sendiri.. sebab xnak bela pekerja sendiri, nk hasut org lain sama. SEDIH kita rakyat mydin

  15. Mak ko Hijau

    Kau sedap koek kat umah.yg penjawat awam dok terpacak kat tgh jalan.dok bertungkus Lumus kat hospital tu…anak suami isteri x terbela ,sedap mak pak kau…yg bawahan² ni gaji cukup² makan,mak kau hijau

    • cikilala

      Mane² yg setuju tu swasta kot ea…de PHD ke korang…ingat yang x kje ni suke² ke x nk keje…PKP arahan sape…p la ckp kt PM x adil la depe dpt gaji x keje…covid pon keje je peduli ape kan…ptt support each other xkira swasta or gomen…bkn bagi sttmnt bodoh…..

    • samdol

      qamai nye marah…. yg bkn pnjwt awam marah x…..
      rasional la smua pkt myumbg kpd negara kita awam ka swasta ka yg x dak gji mcm kja sndri pon sumbgkn jgak… ada ka pjwt awam blh gji pnoh tp d suh bcuti? klo ada kira ok la tu…yg x kja x da gji mghrpkn bantuan kerajaan ni yg haqu
      nk mkn kfc pon bkn kata 2 kli pikir 10 kli pikir pon blom tntu.
      pikir2 kn lah…

  16. Aminah Binti Mahmed

    Betul LA, Apa yg dicadangkan, Ada penjawat Awam yg tak kerja kan…..

    • MamaMarah

      Mana ada istilah tak kerja cik kak oi.
      Sekarang kan kerja dari rumah.
      Jangan kata duk umah ni tak kerja, sekarang kan dah digitalisasi, byk kerja yg boleh diselesaikan dari jarak jauh.
      Tak ke tempt kerja tak bermakna tak kerja.

  17. Sabdamoha

    Boleh juga potong 5% dari pencen

  18. Fadli b Ismail

    Baru 1 Bulan dh bising rugi, gulung tikar bagai. Selama ni dpt untung berkoyan-koyan ko xbising. Sekali penjawat awam boikot Mydin baru hang tau. Hang ingat penjawat awam hidup mewah ka…Kami rasa pun bonus berbulan setiap tahun, tp kami tetap melaksanakan tugas yg diamanahkan. Hang ingat kami dok goyang kaki minum kopi masa PKP ni. Kami tetap bekerja.

  19. Atan

    Kenapa kau potong gaji pekerja kau 50%. Aku rasa makin ramai org shopping kat mydin musim pkp ni….dah la gaji pekerja kau statik je sebelum ni…takde kenaikan gaji langsung…skrg kau potong pylak lagi 50%. Dasar mamak kedekut nak mampus!!!

  20. Htini

    Agree… kata beban sama dipikul…lagipun xsemua kakitangan kerajaan yang bekerja during mco…only sebilangan sahaja… dan mana2 yang memang tidak bekerja langsung during mco bolehla dipertimbangkan utk potongan gaji…

  21. Zue

    Tolong tag kat boss mydin ni golongan m40, b40 & penjawat awam ni lah yg banyak dok shopping kat mydin tau….yg bagi dia pendapatan…kluster kayangan T20 x shopping kat mydin. Depa pi jaya grocer lah..ko cadang potong gaji kuranglah kuasa beli pengguna lepas ni drop la sales mydin. Lagi ko susah bayar gaji pekerja ko….

  22. KUASAPEMBELI

    Apakata ramai ramai kita boikot Mydin dan serbu Giant pula. Masa sekaranglah kita tunjukkan kuasa pembeli. Ingat dalam 3 bulan, dia dah lingkop. Terlanjak perahu bolih diubah, terlajak kata, buruk padahnya. Dasar nampak PA**** bila dah kaya sikit, tunjuk perangai…

  23. Saudara timur

    Mohon mydin buat potongan 50% di semua cawangan bagi membantu rakyat yang terkesan covid 19..baru boleh sembang pasal penjawat awam..

  24. SYMA

    Pak cik mydin x pyh la nk sibuk psl gaji penjawat awam…ko pk je lah kebajikn pekerja ko yg beribu tu… kami cuti sbb disuruh oleh ayahanda Muhyidin bkn nya kami mls nk g kerja…ingt kami goyang kaki ke kt umah..
    Klau pm ckp gaji kami perlu dipotong sikit kami ikut jer.. tp klau pm x nk potong adalah sbbnya tu.. pm lg tau la psl negara brbnding ko mamak mydin.. masa kaya x ingt bila dh sush sikit habis pekerja awam yg x der kaitan ngan ko pun ko sebuukkk..dengki… dh rsa baik sgt ko sedekah semua harta ko kt negara… x pun bg free je brg ko kt org sush..

  25. Smnoor

    Beliau sepatutnya bersyukur kerana org melayu terutama penjawat awamlah yg menghidupkan pasarayanya. Lepas ni dia tengok mulut busuknya akan mengurangkan pendapatannya.

  26. Hj Ac Musa

    Setuju gaji penjawat awam d potong 50%

  27. Khan Din Khan

    Semasa harga minyak naik, orang ramai tak perasan Mydin menaikkan harga barang sedikit demi sedikit. Bila harga minyak turun begitu banyak, gaji penjawat awam pulak dia suruh potongkan. Harga barangan Mydin Store macam mana??? Kalau dah kasi pusing, tetap pusing jugak walaupun pusing sikit jer. 🤦🏻‍♂️

Leave a Reply