Penyanyi Black Hanifah memutuskan untuk tidak mengenakan bayaran sewa bulan April kepada individu yang menyewa rumah miliknya.

Menurut Black, dia terpaksa menunjuk kebaikan yang dilakukan bagi menutup mulut segelintir netizen yang mengecam selepas menyuarakan pendapat meminta bantuan kerajaan untuk penggiat seni.

“Sampai kena buat macam ni nak kasi korang faham, ni jangan cakap saya nak menunjuk pulak.

“Saya bersuara untuk yang memerlukan contoh macam penyewa saya ni, saya tolong dengan cara macam ni.

“Walaupun tak banyak saya yakin kurang sikit bebanan dorang. Kenyataan saya haritu pulak, saya bersuara untuk penggiat seni,” tulisnya menerusi Instagram (IG).

Dalam pada itu, pemilik nama Hanifah Md Hanafiah menyatakan dia tidak memerlukan sebarang bantuan keperluan untuk keluarganya.

“Saya malas nak tulis panjang-panjang, korang takkan baca. Bagi yang nak hantar beras susu anak saya nak bank in duit kat saya, cakap saya takda duit, itu semua tak perlu!

“Tapi kalau bagi boleh la bagi untuk penggiat seni yang memerlukan pula. Ini bukan riyak, ini jalan terakhir untuk bagi netizen faham. Akan ada lagi kecaman, tapi aku tetap akan terus berjuang untuk penggiat seni,” tulisnya lagi.

Loading...