Bukan sekadar blog

Berita Utama

Bibir bengkak digigit serangga, gadis ini terpaksa pakai purdah

MALANG tidak berbau, geruh tidak berbunyi. Pepatah ini sesuai digambarkan dengan apa yang menimpa seorang gadis yang digigit seekor serangga ketika membonceng motosikal ke tempat kerja.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Aida itu, dia tidak dapat mengenalpasti jenis serangga berkenaan yang secara tiba-tiba hinggap di bahagian kiri bibirnya.

Katanya, setelah tiba di tempat kerja, bibirnya menjadi semakin bengkak manakala beberapa bahagian badan mula mengalami kegatalan.

Posting yang dikongsi di laman Facebook itu tular sehingga mendapat lebih 1,800 perkongsian serta 2,100 tanda suka.

Ikut kisahnya di bawah:

Okey ni baru sampai tempat kerja. Ingatkan biasa je la. Aku pun selfie la nak masukkan dalam group family

Ni pergi depan nak sapu ngan mop lantai. Okey masa ni dah start gatal ketiak. Ingatkan gatal sebab berpeluh. Tiba-tiba kat lengan pun gatal jugak.

Okey dah start gatal bebenor dah ni. Tengah fikir nak pergi klinik ke tak

Okey tengah tunggu giliran kat klinik. Pergi klinik paling dekat dengan salon. Klinik Imani tu. Malu weh! Dah mula berbintat kat muka. Gatal sangat. Sumpah klinik Imani terbaik. Doktor lembut sangat Lepas tu malam tu siap call lagi, tanya ada demam tak lepas cucuk ubat. Bagi 5 bintang la

Ni dalam perjalanan balik rumah sebab dapat MC. Muka tengah stress sebab kena ‘membahan’ dengan Abang Alif

Ni semalam nak pergi farmasi. Memang pakai purdah la weh. Sebab kat rumah takde topeng muka

Ni petang semalam pergi COD

Alhamdulillah nasib baik tak kena buat pembedahan plastik. Dah makin okey cuma pipi belah kiri masih tembab. Hikmahnya dapat la rehat kat rumah 2 hari. Terima kasih Ya Allah

Sumber: Aida

Loading...

Leave a Reply