Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Biadab! Remaja tarik kopiah, jatuhkan motor warga emas buat netizen panas

Viral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang lelaki warga emas di Sijangkang, Selangor, mengundang kemarahan warga netizen.

Dalam kejadian itu, sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik mangsa dan mengacah-acah nak menjatuhkan motosikal sebelum melepaskan motosikal itu sehingga terkena pada kaki mangsa.

Warga emas itu terpaksa mengangkat motosikalnya sendiri. Ketika mahu menghidup enjin motosikal, remaja yang sama membaling kotak ke arah mangsa, selain cuba meletakkan sampah di atas kepala mangsa.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mempersendakan mangsa dan langsung tidak menghormatinya sebagai orang tua.

Video yang dirakam oleh salah seorang remaja dari kumpulan berkenaan kemudian dimuat naik di media sosial dan akibatnya, ahli keluarga mangsa bersama dengan penduduk kampung mencari remaja-remaja terbabit.

Setelah dikenal pasti, remaja-remaja terbabit ditangkap dan berdepan dengan ahli keluarga mangsa yang mempersoalkan tindakan kurang ajar mereka.



Tidak diketahui apa nasib mereka selepas itu.

2 Comments

  1. Frentzen

    Budak-budak yang semacam ini memang dah ramai dah sekarang .. di mana-mana aje ada.

  2. Remaja sekarang adalah cerminan orang tuanya. Mereka juga bakal jadi orang tua dan jadi pemimpin masa depan. Agaknya bagaimana generasi ini akan mentadbir negara 20-30 tahun lagi.

    Kita semua perlu insaf. Semua org perlu berperanan, tak perlu tunding jari kpd sesiapa, tapi tanya diri apa peranan yg aku telah buat utk membina jati diri bangsa.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén